Program Temuduga E-kasih

27 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Program Temuduga E-kasih telah diadakan pada 26 Jun 2019 bersamaan dengan hari Khamis. Program tersebut telah diadakan di Pusat Internet Taman Sepakat Jaya pada pukul 1400 sehingga 1700. Pihak yang terlibat adalah Ketua Kampung Taman Sepakat Jaya, Pihak E-kasih dan juga Pusat Internet Taman Sepakat Jaya. Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk memudahkan bakal penerima bantuan E-kasih yang layak. Seramai 20 pemohon telah ditemuduga oleh pegawai bertanggungjawab.

Selain sesi temuduga, pihak pemohon juga telah didedahkan dengan segala bantuan yang mereka boleh mohon seperti rumah PPRT, rumah sewa kerajaan, bantuan kewangan, bantuan kewangan untuk persekolahan anak-anak, dan sebagainya. Ini bagi memudahkan pemohon mengetahui bantuan apa yang mereka layak untuk pohon untuk Program E-kasih. Program tersebut tamat pada pukul 1700.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali